AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 120. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.
Perintah supaya Hidup Bersama Semula
Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya, mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syara', isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isteri.