AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 134. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.


(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal-ehwal suami-isteri di bawah Akta ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Akta ini hendaklah dikawal oleh amalan dan acara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Akta ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal-ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini atau dalam apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi -

Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.