AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran: kepada siapa diarahkan.


(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan semua Pegawai Penguatkuasa Agama yang lain, dan mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis yang lain di Wilayah-Wilayah Persekutuan atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana seorang atau lebih seorang daripada mereka boleh melaksanakan waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.