AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 86. Menggantung prosiding jika pendakwaan kesalahan dalam pertuduhan yang dipinda menghendaki keizinan terlebih dahulu.


Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu ialah satu kesalahan yang pendakwaannya memerlukan keizinan terlebih dahulu, kes itu tidaklah boleh diteruskan sehingga keizinan itu diperolehi, melainkan jika keizinan sudah diperolehi bagi suatu pendakwaan atas fakta yang sama dengan fakta yang atasnya pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu diasaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.