AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 119. Menentukan bahawa saksi 'adil.


Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dia tidak 'adil, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya saksi itu diperiksa sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Huraian - Jika didapati oleh Hakim bahawa seorang saksi yang telah memberikan syahadah tidak boleh dipercayai dia hendaklah menyebabkan saksi itu diperiksa untuk menentukan sama ada dia seorang yang 'adil atau sebaliknya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.