AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 102. Pindaan seksyen 165 dan 166 Enakmen.


(1) Seksyen 165 Enakmen dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "112 of this Enactment, eracts any mosque, or dedicates or otherwise applies any existing building as of for the purposes of a mosque" dengan perkataan-perkataan "73 of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993, erects any building to be used as a mosque, or otherwise applies any building for the purposes of a mosque, or causes or permits any building to be used as a mosque".

(2) Seksyen 166 Enakmen adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "Kathi" perkataan "or a tauliah granted under section 95(3) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993".



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.