AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 53. Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan.


Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang disebut dalam perenggan 52 (1)(a) tidak boleh diberikan melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi pihak yang memiliki atau berkuasa atas dokumen itu, atau kepada Peguam Syarienya atau orang lain yang diberikuasa oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya, notis untuk mengemukakannya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang; dan jika tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki untuk menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah fikirkan kehendak mengenai notis ini patut diketepikan:
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.