AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Am
Seksyen 6. Fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
Fakta-fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.
MISALAN
A dituduh memukul isterinya B. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dibuat oleh A atau B atau oleh orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.