AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - DARIHAL PENDAKWAAN



Seksyen 184. Menggunakan khidmat Peguam Syarie.


(1) Dengan kelulusan Majlis, seorang Peguam Syarie boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk menjalankan apa-apa pendakwaan, atau untuk hadir dalam mana-mana rayuan bagi pihak Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Peguam Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar daripada wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis, dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu Peguam Syarie itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.