AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TESTIMONI SAKSI
Seksyen 123. Pemeriksaan terbuka.
(1) Hakim boleh memerintahkan supaya seseorang saksi diperiksa di dalam Mahkamah terbuka walaupun saksi itu telah tertakluk kepada pemeriksaan rahsia dan didapati'adil oleh pemeriksa rahsia itu.
(2) Suatu pemeriksaan terbuka akan seseorang saksi hendaklah dijalankan oleh pemeriksa rahsia itu di dalam Mahkamah terbuka di hadapan Hakim dalam kehadiran pihak-pihak kepada prosiding itu.