AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1- PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.


(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Akta Pentadbiran" ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];

" 'aqil" ertinya sempurna akal;

"baligh" ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;

"dokumen" ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

MISALAN
"fakta" ertinya dan termasuklah -
MISALAN
"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;

MISALAN
"filem" ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;

"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masingnya di bawah seksyen 42, 43 dan 44 Akta Pentadbiran;

"Hukum Syarak" ertinya hukum Syarak mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

"keterangan" termasuklah-
"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, ia hendaklah dikira sebagai komputer tunggal;

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;

"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;

"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 59 Akta Pentadbiran;

"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Akta ini;

"saksi" tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

"syahadah" ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;

" 'urf" ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

(2) Dalam Akta ini -
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada Tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.