AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN



Seksyen 29. Plaintif belum dewasa mencapai umur dewasa.


(1) Seseorang plaintif belum dewasa hendaklah, apabila mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada menarik balik prosiding itu sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu atau meneruskan prosiding itu.

(2) Tiada kebenaran untuk menarik balik diperlukan tetapi Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif belum dewasa menarik balik tuntutannya, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap kos, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

(4) Jika ada lebih daripada seorang plaintif, plaintif belum dewasa itu tidak berhak manerik balik tuntutannya, tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau, jika dia ialah pihak yang perlu dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya sebagai defendan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika prosiding itu diteruskan, liantif belum dewasa itu hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah bolehlah meminda tajuk itu dan melepaskan penjada ad litemnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.