AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 59. Peguam Syarie.


(1) Majlis boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah--
(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam Syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.