AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 29. Saman: bagaimana disampaikan.


(1) Saman hendaklah, jika praktik, disampaikan kepada orang yang disaman itu sendiri dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan memberikan atau menyerahkan kepadanya suatu salinan saman itu di bawah meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap orang yang kepadanya saman itu disampaikan sedemikian hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pegawai penyampai itu, menandatangani penerimaan salinan saman itu di bahagian belakang saman yang asal.

(3) Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai setelah usaha wajar dijalankan, maka saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan suatu salinan saman itu untuknya dengan seorang anggota keluarganya yang dewasa atau dengan pengkhidmatnya yang tinggal bersamanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.