AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 185. Bila seseorang boleh dilepaskan atas jaminan.


Apabila mana-mana orang ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau hadir atau dibawa di hadapan suatu Mahkamah dan dia bersedia pada bila-bila masa semasa dalam jagaan pegawai itu atau pada mana-mana peringkat prosiding di hadapan Mahkamah itu untuk memberikan jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang menjaga balai polis atau oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau oleh Mahkamah itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.