AKTA 560 AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN BAB 1 - DARIHAL MAKLUMAT KEPADA HAKIM DAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA
Seksyen 8. Bila orang awam hendaklah membantu Hakim, dll.
Tiap-tiap orang adalah terikat untuk membantu seseorang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis, yang semunasabahnya menghendaki bantuannya-
(a) dalam menangkap atau mencegah terlepasnya mana-mana orang lain yang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis itu diberikuasa untuk menangkapnya; atau
(b) dalam mencegah suatu pecah keamanan yang timbul daripada penangkapan dan penahanan orang itu.