AKTA 355 AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (DISEMAK - 1988)
Tajuk panjang & Mukadimah.
Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang - undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.
[1hb April 1965]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: