AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 203. Kuasa untuk memerintahkan diambil sampel, dsb.


(1) Jika difikirkan oleh Mahkamah perlu atau suaimanfaat bagi maksud mendapatkan maklumat atas keterangan penuh dalam mana-mana kausa atau perkara, Mahkamah boleh atas permohonan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu, dan atas apa-apa terma jika ada, yang difikirkannya adil, melalui perintah membenarkan atau mengkehendaki supaya diambil apa-apa sampel mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, apa-apa pemerhatian hendak dibuat tentang harta itu atau apa-apa ujikaji diujikan ke atas atau dengan harta itu.

(2) Bagi maksud membolehkan mana-mana perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Suatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.