AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 148. Penguatkuasaan penghakiman, dsb, bagi pembayaran wang.


(1) Tertakluk kepada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu-
(2) Tertakluk kepada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.

(3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.