AKTA 560 AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN Saman
Seksyen 30. Prosedur bila penyampaian diri tidak dapat dilaksanakan.
Jika orang yang hendak disaman itu tidak dijumpai setelah usaha wajar dijalankan dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh subseksyen 29 (3), pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan suatu salinan saman itu di suatu bahagian yang ketara di rumah itu atau tempat lain di mana orang yang disaman itu pada lazimnya tinggal, dan dalam hal sedemikian, saman itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.