AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR Anggapan tentang Dokumen.
Seksyen 71. Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dsb. dokumen yang tidak dikemukakan.
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, setelah notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 53, telah diakusaksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.