AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 40. Penubuhan Mahkamah Syariah


(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.