AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB 2 - SAKSI
Seksyen 84. Saksi bisu.
(1) Seseorang saksi yang tidak dapat bercakap boleh memberikan bayyinahnya mengikut apa-apa cara yang menjadikannya boleh difahami seperti dengan tulisan atau dengan isyarat.
(2) Bayyinah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan di dalam Mahkamah terbuka.