AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 3 - PERMOHONAN



Seksyen 13. Bentuk permohonan.


(1) Kecuali, sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat melalui notis dalam Borang MS 3 dan disokong dengan afidavit yang diangkat sumpah mengikut Akta ini.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon, dan mengandungi fakta yang cukup terperinci untuk menyokong permohonan itu, dan melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan dalamnya.

(3) Dalam sesuatu permohonan, penentang hendaklah disebut sebagai responden.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.