AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Amanah Khairat



Seksyen 69. Anggaran-anggaran.


(1) Majlis hendaklah menyediakan dan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam setiap tahun, anggaran-anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk di dalamnya anggaran-anggaran segala harta yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk barang-barang, berkenaan dengan tahun yang berikut. Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, boleh meluluskan anggaran-anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda. Apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian, anggaran-anggaran tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong anggaran-anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang serupa.

(3) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang-barang, kecuali mengikut anggaran-anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucer yang ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberikuasa oleh Pengerusi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.