AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 128. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.
Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.