AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 162. Wang dan harta di dalam Mahkamah.


Wang, kumpulan wang yang dilaburkan atau harta lain penghutang penghakiman dalam atau di bawah kawalan Mahkamah yang memberikan penghakiman itu boleh, jika suatu perintah bagi pelaksanaan telah dibuat, digunakan dengan kebenaran Mahkamah untuk menunaikan hutang penghakiman itu, dan pelaburan serta harta selain wang boleh diperintahkan supaya dijual untuk tujuan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.