AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Seksyen 102. Penjaga bagi anak yatim.
Jika bapa dan datuk lelaki seseorang kanak-kanak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana penghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu, atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang Pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang-Orang Muda 1947 [Akta 232.], boleh menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta kanak-kanak itu, atau kedua-duanya.