AKTA 560 AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN Kaedah-kaedah lain mengenai Saman Kehadiran dan Waran Tangkap
Seksyen 38. Pengeluaran waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman.
Mahkamah boleh, dalam apa-apa kes yang ia diberi kuasa untuk mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, mengeluarkan, selepas merekodkan sebab-sebabnya secara bertulis, waran untuk menangkapnya-
(a) jika, sama ada sebelum saman dikeluarkan atau selepas saman itu dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
(b) jika pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sewajarnya dalam tempoh masa yang membolehkannya hadir mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan atas ketakhadiran itu.