AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi -
(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syar'iah di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan; atau
(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.