AKTA 560 AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA
Seksyen 18. Menangkap tanpa waran.
Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau Pegawai Masjid boleh, tanpa perintah daripada Hakim dan tanpa waran, menangkap-
(a) mana-mana orang yang kena-mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah wujud bahawa dia telah kena-mengena sedemikian;
(b) mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba melakukan di hadapannya apa-apa kesalahan yang melibatkan pecah keamanan;
(c) mana-mana orang yang terhadapnya waran yang telah dikeluarkan di bawah Akta ini masih berkuatkuasa, walaupun waran itu tidak ada dalam milikannya.