AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 116. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam 'iddah.
Jika orang yang membuat pengakuan itu adalah seorang perempuan yang berkahwin atau yang sedang dalam 'iddah, suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa kepada orang yang diakui itu melainkan jika pengakuan perempuan itu disahkan oleh suaminya itu atau disahkan dengan keterangan.