AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TESTIMONI SAKSI
Seksyen 128. Saksi yang mati atau hilang.
Apabila seorang saksi mati atau hilang selepas memberikan keterangan dalam mana-mana perkara yang berhubungan dengan mu'amalat, Hakim boleh menjalankan pemeriksaan atas keterangannya dan boleh membuat keputusan berasaskan keterangan itu.