AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 110. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

Kesahtarafan Anak

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak enam bulan qamariah atau lebih dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li'an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.