AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 130. Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.
Seseorang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara tidak melebihi enam bulan.