AKTA 505
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan-perbadanan.


(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis untuk menjalankan dan menjaga, mengelola, dan menguruskan apa-apa projek skim, atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), yang menentukan--

(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.