AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 142. Rekod rayuan jika perayu diwakili.


(1) Apabila perayu yang diwakili oleh Peguam Syarie telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 139 dan 141, perayu hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-
(2) Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap.

(3) Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinan rekod itu kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.