P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN V - PERUNTUKAN AM




Kaedah 25. Keesahan dan pembaharuan Sijil Peguam Syarie.


(1) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie adalah sah bagi suatu tempoh selama satu tahun dari tarikh dikeluarkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie boleh diperbaharui apabila Jawatankuasa berpuas hati bahawa pemohon telah membayar fee sebanyak satu ratus ringgit dan telah mematuhi kehendak-kehendak Kaedah-kaedah ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.