P.U. (A) 252/2002 PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA(PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998) 2002.
Perintah 1. Nama dan permulaan kuat kuasa
(1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998) 2002.
(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2001.