P.U. (A) 247/2002 PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984) 2002
Perintah 4. Ubah suaian seksyen 2 Akta yang diperluas
Seksyen 2 Akta yang diperluas diubahsuaikan -
(a) dalam takrif "Enakmen Pentadbiran" -
(i) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan "dan" selepas koma bertitik;
(ii) dalam perenggan (b), dengan memasukkan perkataan "dan" selepas koma bertitik; dan
(iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
"(c) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagaimana yang diperluas dan diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984) 2002 [P.U. (A) 247/2002] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001[Akta A1095];";
(b) dalam takrif "Wilayah Persekutuan", dengan menggantikan perkataan "Kuala Lumpur atau Labuan" dengan perkataan "Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan"
(c) dalam takrif "Wilayah-Wilayah Persekutuan", dengan menggantikan perkataan "Kuala Lumpur atau Labuan" dengan perkataan "Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan".