P.U. (A) 251/2002 PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-
WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997) 2002.
Perintah 4. Ubah suaian seksyen 2 Akta yang diperluas
Seksyen 2 Akta yang diperluas diubahsuaikan—
(a) dalam takrif “Enakmen”—
(i) dalam perenggan (a) dengan memotong perkataan “dan” selepas koma bertitik;
(ii) dalam perenggan (b), dengan memasukkan perkataan “dan” selepas koma bertitik; dan
(iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebagaimana yang diperluas dan diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) 2002 [P.U. (A) 251/2002] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A1095];”;
(b) dalam takrif “Wilayah-Wilayah Persekutuan” dengan menggantikan perkataan “Kuala Lumpur dan Labuan” dengan perkataan “Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan”.