P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Kaedah 18. Aduan terhadap seseorang Peguam Syarie.


(1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan mana-mana Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada jawatankuasa.

(2) Mahkamah atau Ketua Pendakwa Syarie boleh, pada bila-bila masa, merujukkan kepada Jawatankuasa apa-apa maklumat yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.