P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE




Kaedah 6. Mesyuarat Jawatankuasa.


(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, maka anggota-anggota yang hadir bolehlah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Tiga orang anggota yang hadir adalah membentuk kuorum sesuatu mesyuarat.

(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara syura.

(4) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.