P.U. (A) 408/1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1993

BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 15. Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa.


(1) Jika seseorang itu terkilan dengan keputusan Jawatankuasa berhubungan dengan permohonan bagi penerimaan sebagai seorang Peguam Syarie, maka dia boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu diberitahukan kepadanya, merayu kepada Majlis yang keputusannya adalah muktamad.

(2) Anggota Jawatankuasa yang menjadi anggota Majlis tidak boleh mengambil bahagian semasa mengulangkaji keputusan Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.