P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA




Kaedah 13. Mesyuarat Jawatankuasa

(1) Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Pengerusi.

(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, dalam mana-mana mesyuarat, mana-mana anggota Jawatankuasa boleh dipilih oleh anggota-anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan.

(5) Tiga orang anggota Jawatankuasa, termasuklah Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Jawatankuasa.

(6) Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara persetujuan atau melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai undi pemutus.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.