P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993;

“Daftar Tauliah Mengajar” ertinya daftar orang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 27;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama yang ditubuhkan di bawah seksyen 96 Akta;

“mengajar” termasuklah memberi ceramah, tazkirah atau perkara-perkara yang berhubungan dengannya, tentang agama Islam kepada orang ramai;

“orang” termasuklah mana-mana badan orang sama ada kerajaan atau bukan kerajaan;

“pengajar” ertinya mana-mana orang yang telah diberikan tauliah untuk mengajar agama Islam di bawah kaedah 25 atau oleh mana-mana majlis agama Islam negeri, yang diiktiraf oleh Majlis;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 96(2) Akta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.