P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN II - JAWATANKUASA PENGAWASAN PENGAJARAN AGAMA




Kaedah 16. Minit mesyuarat Jawatankuasa

(1) Setiausaha Jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Jawatankuasa disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya dan pada tiap-tiap kali mesyuarat, minit yang sebelumnya hendaklah dibaca dan disahkan tertakluk kepada pindaan, jika ada.

(2) Semua minit hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh Pengerusi.

(3) Apa-apa minit mesyuarat Jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam apa-apa prosiding, boleh diterima sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.