P.U. (A) 252/2002
PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA(PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998) 2002.




Perintah 4. Pemberhentian pemakaian Enakmen dan peralihan

(1) Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah 1996 [Sel. En.7/1991] hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(2) Mana-mana prosiding di bawah Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah 1991[Sel. En.7/1991] yang wujud di hadapan mana-mana mahkamah sebaik sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Enakmen itu dan bagi maksud prosiding itu Perintah ini hendaklah dianggap seolah-olah tidak dibuat.

Dibuat 21 Mei 2002
[JAWI/A/145; PN(PU2)609/II]
Dengan Titah Perintah

TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN
Setiausaha Jemaah Menteri



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.