P.U. (A) 250/2002
PERINTAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PEMERLUASAN DAN UBAH SUAIAN AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993) 2002




Perintah 2. Pemerluasan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya

(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut "Akta yang diperluas" dalam perintah ini dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, diperluas ke Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(2) Perundangan subsidiari yang dibuat dibawah Akta yang diperluas hendaklah berkuat kuasa dengan ubah suaian sebagaimana yang perlu untuk menyelaraskan perundangan subsidiari itu dengan peruntukan Akta itu sebagaimana yang diubahsuaikan oleh perintah itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.