P.U. (A) 74/2006
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM) 2006

BAHAGIAN III - PENGAJAR




Kaedah 23. Permohonan

(1) Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar hendaklah dibuat dalam Borang 1 bagi warganegara atau Borang 2 bagi bukan warganegara.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang itu.

(3) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong oleh dua orang penyokong warganegara Malaysia dan menganut agama Islam.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.